Memo BSM
Memo BSM - Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan
Wajib Kepada 58 Tahun
2008-06-11
Semua Ketua Bahagian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Semua Pengarah Pelajaran Negeri,
Semua Pengarah Institut Perguruan,
Semua Pengarah Kolej Matrikulasi,
Semua Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,
Semua Pegawai Pelajaran Daerah.
Y. Bhg’ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008
Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib
Kepada 58 Tahun
Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut
di atas.
2. Dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 iaitu Tawaran
Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58
Tahun bagi anggota tetap di dalam sektor awam.
3. Sehubungan dengan itu, Y. Bhg’
Dato/Datin/Tuan/Puan diharap dapat melaksanakan
pemberian opsyen kakitangan di bawah pentadbiran
tuan dengan segera bagi membolehkan mereka memilih
umur persaraan wajib. Lampiran A dan B perlu
diserahkan kepada Cawangan Perkhidmatan, Bahagian
Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia
selewat-lewatnya pada 15 Julai 2008.
4. Bersama-sama ini disertakan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 seperti di
lampiran. Pihak tuan juga boleh memuat-turun
pekeliling tersebut di laman web Jabatan
Perkhidmatan Awam di www.jpa.gov.my.
Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ CINTAILAH BAHASA KITA ”
Saya yang menurut perintah,
( HAJI KAMARUZAMAN BIN YAACOB )
Bahagian Sumber Manusia
b/p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Posted 00:45
|