Header
Home
Profile PSS
Photos
Blog
Aktiviti
Links
NILAM
Buku Baru
Calendar
PSS SK BATU ARANG
Blog
Older Entries
Subscribe: Add to Google Add to My Yahoo! Subscribe in NewsGator Online Add to My AOL


Wed, 11 Jun 2008
Memo BSM
Memo BSM - Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58 Tahun 2008-06-11 Semua Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Semua Pengarah Institut Perguruan, Semua Pengarah Kolej Matrikulasi, Semua Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Semua Pegawai Pelajaran Daerah. Y. Bhg’ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58 Tahun Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 iaitu Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Persaraan Wajib Kepada 58 Tahun bagi anggota tetap di dalam sektor awam. 3. Sehubungan dengan itu, Y. Bhg’ Dato/Datin/Tuan/Puan diharap dapat melaksanakan pemberian opsyen kakitangan di bawah pentadbiran tuan dengan segera bagi membolehkan mereka memilih umur persaraan wajib. Lampiran A dan B perlu diserahkan kepada Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia selewat-lewatnya pada 15 Julai 2008. 4. Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008 seperti di lampiran. Pihak tuan juga boleh memuat-turun pekeliling tersebut di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam di www.jpa.gov.my. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” “ CINTAILAH BAHASA KITA ” Saya yang menurut perintah, ( HAJI KAMARUZAMAN BIN YAACOB ) Bahagian Sumber Manusia b/p Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Posted 00:45 
No comments | Post a comment